Ceramah Kemerdekaan
08.28.06 (5:49 pm) [edit]Bersama:
Tn. Hj. Yusuf Hussin
Setiausaha PAS Kedah
Ust. Azmi Abdullah
Timb. YDP PAS Kawasan Padang Serai
Pada : 30 Ogos 2006
Hari : Rabu
Jam : 9.30 malam
Tempat : PASTI Sg Badak, Kelang Lama, Kulim, KEDAH.
Semua dijemput hadir.
Anjuran : PAS Kawasan Padang Serai.
Ceramah Pentas Pemuda Barisan Alternatif Padang Serai
08.14.06 (1:44 pm) [edit]Bersama :
Ustaz Ahmad Yahaya
Pemangku Timbalan Ketua DPP Negeri Kedah
Saudara Khairul Anuar Ramli
Timbalan Ketua AMK Negeri Kedah
Ustaz Firdaus Jaafar
Ketua Penerangan DPP Kawasan Jerai
Pada : 19/08/2006
Hari : Sabtu
Jam : 9.30 malam
Tempat : Dewan Hj Man, Kg Siam, Lunas, KEDAH.
Semua dijemput hadir.
Anjuran : DPP Kawasan Padang Serai bersama PAS Cawangan Kg Siam.
Khutbah Jumaat
08.08.06 (9:55 am) [edit]Mimbar Jumaat tidak akan sekali-kali berasa jemu untuk menyeru kita semua, marilah kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNnya. Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah dan kesatuan Umat Islam Adalah benteng kekuatan kita dalam menghadapi cabaran kuffar pada hari ini. Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 101-102.

Maksudnya :
“ Bagaimanakah kamu sampai menjadi kafir padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu dan rasulNya pun berada di tengah-tengah kamu ? Barangsiapa yang berpegang teguh kepada agama Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk ke jalan yang lurus. “ Wahai orang-orang beriman bertaqwalah kepada Allah dengan benar-benar taqwa kepadaNya dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam “.
Sidang Muslimin Yang Berbahagia Sekalian,
Hari demi hari menyaksikan musuh-musuh Islam semakin hari semakin biadap terhadap umat Islam. Hal ini jelas terbukti dengan apa yang telah berlaku di dalam negara Malaysia khususnya, mahupun di dunia Islam umumnya. Mereka sudah berani mempertikai perkara 121 (1A) yang telah menyatakan bahawa keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh dipertikai oleh badan perundangan yang lain seperti dalam perbicaraan Kes Muhammad Abdullah @ Moorthy yang telah diputuskan sebagai seorang Muslim. Usaha mereka diteruskan lagi dengan memberikan sokongan padu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy untuk membuang perkataan Islam di dalam kad pengenalan seterusnya murtad dari Islam. Isu penubuhan IFC (Interfaith Commission) dan Global Ethic adalah beberapa rangkaian pakatan kempen di peringkat antarabangsa yang bertujuan antara lain adalah untuk memberikan kebebasan umat Islam di Malaysia menukar agama atau murtad dari Islam.
Sidang Muslimin Se Aqidah Sekalian,
Adakah kita masih tidak sedar bahawa musuh-musuh Islam tidak akan sekali-kali berehat atau tidur dari terus merancang untuk melenyapkan cahaya Islam. Usaha golongan kuffar ini hanya akan berhenti dan puas apabila umat Islam murtad dari agama mereka atau pun memadai dengan Umat Islam mengikut jejak langkah mereka dari segi pemikiran, ideologi dan tindakan.
Benarlah firman Allah SWT dalam Surah Al – Baqarah ayat 120 :

Maksudnya :
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali redha (bersetuju) kepadamu (wahai Muhammad), sehinggalah engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) : "Sesungguhnya petunjuk Allah iaitu (agama Islam) itulah yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, sesudah datangnya wahyu yang telah memberi pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka Allah tidak akan lagi mengawal dan memberi pertolongan kepada kamu.
Sidang Muslimin Sekalian,
Apakah kita sudah lupa dengan penghinaan mereka ke atas Baginda Rasulullah SAW beberapa bulan yang lalu. Mereka melukis karikatur yang menggambarkan rasul kita adalah seorang pengganas dan menganjurkan keganasan. Kekejaman dan Keganasan adalah tabiat dan perangai Bangsa Israel yang telah menghancurkan selatan Lubnan. Mereka telah membunuh hampir 500 nyawa kaum wanita dan kanak-kanak dalam tempoh 3 minggu serangan udara. Kini, mereka merempuh sempadan melalui serangan darat pula. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu “melenyapkan Islam”. Kita hanya tengok dan dengar dengan penuh simpati tanpa boleh berbuat apa-apa. Kita amat berbeza dengan Umat Islam di akhir pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah pimpinan Khalifah Al – Muktasim. Apabila seorang perempuan telah tergelincir jatuh lalu tersingkap auratnya. Perempuan itu telah disorak oleh orang-orang bukan Islam kerana penutup auratnya terbuka.
Tiba-tiba perempuan itu merayu : “Wahai khalifah Muktasim, selamatkan daku.” Seorang lelaki Muslim yang berada di tempat itu terus musafir ke Baghdad untuk menghadap khalifah dan mengadu hal itu. Khalifah Muktasim lantas terus bangun berdiri dan terus menjawab: “Wahai ibu, Ini Khalifah Muktasim mendengar seruanmu. Lalu baginda mengerahkan bala tenteranya untuk menyerang penghina-penghina yang telah menghina seorang Islam. Pada hari ini, kita hanya boleh tengok dan dengar walaupun yang dihina itu bukan seorang perempuan tetapi Baginda rasul junjungan, kekasih tuhan.
Sidang Muslimin Sekalian,
Hari ini kita berdepan dengan satu keadaan yang begitu menghinakan Umat Islam. Umat Islam di Afganistan terus diserang tentera bersekutu, pimpinan Amerika dan Britain. Pemimpin mereka adalah boneka ciptaan Amerika. Umat Islam di Iran pula diserang dari segi politiknya kerana memiliki teknologi pengkayaan uranium. Umat Islam di Iraq terus bergolak sesama sendiri selepas negara itu ditawan Amerika dan sekutu-sekutunya. Umat Islam di Palestin yang dulunya bertempur dengan Israel kini berhadapan pula dengan sekatan ekonomi yang dahsyat sehingga diancam kebuluran dan kelaparan, dan mangsa terbaru kekejaman kafir ialah saudara kita Umat Islam di Lubanon yang hingga ke saat ini terus menerus dibedil peluru berpandu milik Israel Laknatullahi Alaihim tetapi apa yang amat menyedihkan ialah Umat Islam Di Malaysia hanya lebih mencintai hiburan yang melampau-lampau tanpa menyedari kita sedang menuju kehancuran akhlak kerana berkiblatkan budaya hedonisme iaitu budaya hiburan yang melampau-lampau anjuran Yahudi.
Benarlah sabda Baginda Rasulullah SAW :
Maksudnya :
Kamu umat Islam akan dikelilingi oleh musuh-musuh kamu, sebagaimana orang-orang mengelilingi hidangan makanan. Mereka mengambil, mencabut dan meratah makanan itu. Begitulah keadaan kamu di akhir zaman. Musuh Islam akan menjadikan kamu seperti makanan. Lalu para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah SAW. Adakah jumlah kami pada ketika itu sedikit ? Jawab Rasulullah SAW : Tidak, kamu pada masa itu ramai tetapi seperti buih-buih air banjir. Allah menghilangkan rasa gerun dan hebat kamu di mata musuh-musuh, Allah mencampakkan dalam hati kamu penyakit “al – wahan”. Seorang sahabat bertanya Apakah Al-Wahan itu wahai Rasulullah SAW ? Rasullullah SAW menjawab. Iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.
Sidang Muslimin Yang diberkati Sekalian,
Mimbar pada hari ini ingin menyeru kepada semua mukminin, janganlah kita hanya menjadi penonton kepada episod sedih pembantaian umat islam ini sahaja, tetapi marilah kita menjadi penolong-penolong kepada agama Allah. Banyak usaha yang boleh kita lakukan untuk membuktikan kecintaan kepada Islam. Bacaan Qunut Nazilah dan Bacaan Doa yang khusus untuk pejuang-pejuang agama mestilah dijadikan wirid khusus seharian kita. Salurkan bantuan derma kepada badan-badan yang diyakini sumbangan itu sampai kepada saudara kita. Kita juga mestilah memboikot barangan-barangan keluaran Yahudi dan musuh Islam. Seterusnya marilah kita mempertingkatkan kekuatan keimanan bahawa masa depan adalah untuk Islam, sesungguhnya saat kehancuran musuh Islam akan sampai dan pertolongan Allah itu terlalu dekat bagi hamba-hambaNya yang bertaqwa. Sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya :
Tidak akan berlakunya Qiamat sehinggalah saling berbunuh-bunuhan antara Yahudi Dan Orang Islam, sehinggalah Orang Islam akan membunh Orang Yahudi dan Orang Yahudi akan lari menyembunyikan diri di belakang pokok-pokok dan batu, lalu berkatalah pokok-pokok dan batu-batu, Wahai Muslim Wahai Hamba Allah! Yahudi berada di belakangku, datanglah dan bunuhlah dia.
Ceramah Pulihkan Demokrasi, Daulatkan Islam!
08.07.06 (12:58 pm) [edit]Bersama :
Tn Hj Mahfuz Omar
AJK PAS Pusat
Ustaz Mohd Halizal Alias
Ketua Penerangan DPP Kulim-B.Baharu
Pada : 9 Ogos 2006
Hari : Rabu
Jam : 9.00 malam
Tempat : PASTI Sg Badak, Kelang Lama, Kulim, KEDAH.
Anjuran : PAS Kawasan Padang Serai.
Semua dijemput hadir.
Ceramah Untuk Dana Bangunan PASTI Taman Selasih
07.17.06 (6:15 pm) [edit]Bersama:
Y.Brs. Tn Hj Mohammad Sabu
Naib Presiden PAS
Y.Brs. Ustaz Musoddak Hj Ahmad
Ketua DPP Negeri Kedah
Pada : 23 Julai 2006
Hari : Ahad
Jam : 9.00 malam
Di : Bangunan PASTI An-Nasuha, Taman Selasih, KULIM.
Anjuran : PAS Cawangan Taman Selasih
Semua dijemput hadir.
Ceramah Penerangan Isu-Isu Semasa
07.14.06 (12:03 pm) [edit]"IFC, Palestin dll."
Oleh :
Ustaz Mohd Halizal Alias
Ketua Penerangan DPP Kawasan Kulim-B.Baharu
Ustaz Ahmad Jailani Abd Ghani
AJK Lajnah Tarbiyyah PAS Pulau Pinang
Pada : 16/7/2006
Hari : Ahad
Jam : 9.30 malam
Di : Markaz PAS Cawangan Taman Kucai.
Anjuran bersama : Penerangan DPPKPS & Caw. Taman Kucai
Semua dijemput hadir.
TAK LAPUK DEK HUJAN , TAK LEKANG DEK PANAS
07.14.06 (11:15 am) [edit]Oleh : Cui Al-Dikki
Kebelakangan ini isu murtad sudah tidak asing lagi. Kalimah itu disebut tanpa membimbangkan sesiapa walhal pada hakikatnya perlu diberi perhatian yang teliti.
Allah menyebut darihal murtad di dalam Al-Quran, mafhumnya “Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah Ayat 217)
Wanauuzubillahi min zaalik (Kita Berlindung Dengan Allah) . Berita tentang kes murtad 100,000 orang Melayu Muslim di negara yang kita cintai baru-baru ini memang menyedihkan dan amat memalukan. Apa tidaknya , Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh dan negara kepada pengerusi Pertubuhan Negara Islam (OIC) yang kini sedang rancak mencanang gagasan pelaksanaan pentadbiran negara berteraskan konsep “ Islam Hadhari ”. Cetusan isu aqidah ini telah menghambat seluruh warga kaum muslimin untuk memikirkan penyelesaian terbaik dengan mengenepikan perbezaan ideologi mahupun fahaman politik yang sempit dalam memastikan kemurnian aqidah umat Islam Malaysia terus terbela hingga ke hari kiamat.
Sebelum kita menganalisis bahaya jenayah murtad ini dengan lebih terperinci dan serius lagi eloklah dulu kita mengetahui perkataan murtad itu sendiri. Dari segi istilah murtad ialah menukarkan Agama Islam dengan agama yang lain, menafikan segala ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad Sallahu Alai Wasallam dan menolak sunnahnya yang tinggi murni itu. Orang-orang yang murtad pula menafikan kerasulan Nabi Muhammad SAW juga menolak kenabian (Nubuwwah), wahyu dan adanya hari kiamat.
Pemahaman tentang murtad ini mesti dikuasai oleh setiap individu masyarakat Islam. Setiap ibadah ada perkara – perkara yang boleh membatalkan ibadah tersebut. Begitu juga halnya dengan lafaz syahadah yang kita lafazkan sebagai bukti pengakuan keimanan kita. Penyerahan total selepas mengucapkan dua kalimah penyaksian ini termasuklah iktiqad, percakapan dan perlakuan kita kepada cara hidup Islam. Murtad boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana jua. Apabila iqtiqad (perlakuan hati), percakapan dan perlakuan fizikal kita membuktikan kerelaan kita memilih selain Islam sebagai agama pada ketika itu pintu murtad akan terbuka. Di sinilah terpancarnya hikmah Ilahi dalam mensyariatkan ibadat solat yang padanya ada pembaharuan syahadah ketika kita melafazkannya dalam bacaan tasyahhud. & nbsp;
Apabila seseorang mukmin itu murtad, dia akan menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan umat Islam yang lain. Mereka akan melahirkan kemarahan yang tidak terhingga terhadap si murtad itu dan akan memutuskan segala perhubungan sosial dengannya. Orang-orang yang menukar agamanya akan dipandang jijik dan dia tidak akan menjadi anggota masyarakat di tempat dia dilahirkan. Kaum keluarganya sendiri tidak akan mengakuinya sebagai anggota keluarga. Bahkan yang lebih dahsyat lagi masyarakat Melayu muslim dahulu sanggup berjuang habis-habisan dan bermati-matian hanya untuk mempertahankan aqidah seorang anggota masyarakatnya.
Demikianlah beberapa reaksi masyarakat Melayu muslim dahulu bila mana berhadapan dengan penderhaka kepada agama. Sejarah telah membuktikan kesungguhan ini. Jika kita mengimbas kembali kes Natrah yang berlaku pada tahun 1950. Natrah dibesarkan sebagai seorang Islam dan tinggal di Kemaman, Terengganu sehingga berusia 13 tahun. Beliau dipelihara oleh ibu angkat yang bernama Che Aminah. Bapa Natrah telah membuat perancangan sehingga Che Aminah terpaksa pergi ke mahkamah Singapura. Setibanya di Singapura, Che Aminah diperintahkan oleh mahkamah untuk menyerahkan Natrah kepada Konsul Jeneral Belanda. Akhirnya Natrah diserahkan kembali kepada Che Aminah. Kerana takut peristiwa ini berulang, Natrah telah dikahwinkan ketika berusia 13 tahun dengan Mansor Adabi. Masyarakat Melayu Islam di Singapura ketika itu membantah, dan ramai yang mati syahid dalam pertempuran dengan tentera British. Apa yang menyedihkan kini ialah nilai sensitiviti masyarakat terhadap isu murtad ini terus pudar dan sirna.
Fenomena murtad ini adalah penyakit sosial yang pastinya akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Jenayah murtad merupakan proses kembali kepada kekufuran atau kesyirikan setelah mengakui keimanan . Dosa syirik terlalu besar sehinggakan Allah mengampuni dosa-dosa yang lain kecuali syirik iaitu menyukutukan Allah. Peringatan ini perlulah dihayati dan disebarkan kepada yang lain agar terus berwaspada. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’ Ayat 48, “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakinya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.”
Kenapakah jenayah murtad ini terjadi ? Apakah umat Islam Malaysia terlalu jahil hingga sanggup menolak kebenaran Allah Yang Maha Esa dan kesucian agama Islam lantas memilih tuhan-tuhan lain atau ideologi-ideologi sesat yang lain? Apakah bangsa kita terlalu mencintai dunia yang sifatnya indah tetapi sementara, sedangkan nikmat di akhirat itu lebih kekal abadi dan hanya boleh dirasai dengan rasa keimanan yang hakiki? Mungkin jua dek kerana hidangan hiburan yang melampau-lampau sehingga timbul budaya hedonisme yang tampak tiada batasan mahupun sekatan. Seribu satu persoalan akan terus-menerus timbul andai kata masalah aqidah ini tidak diatasi segera.
Sesungguhnya umat Islam adalah umat yang mengutamakan kesatuan. Bermula dengan kesatuan dari segi Tauhid Uluhiyyah kepada Allah Yang Maha Esa, bersatu melaksanakan suruhan dan meninggalkan laranganNya dalam Al-Quran, bersatu menuruti sunnah baginda rasul junjungan, bersatu sehati sejiwa menghadap qiblat yang satu ketika solat didirikan dan kita jua adalah umat yang bersatu dalam menyelesaikan segala permasalahan yang mengancam aqidah ummah. Tuntasnya renungilah kalamNya ayat 59 Surah An-Nisa’ kepada kita untuk menyelesaikan apa jua masalah.
Firman Allah yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul Nya dan Ulil Amri di antara kamu, kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu (masalah), maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu (mengembalikan penyelesaian menuruti Al-Quran dan As-Sunnah) itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya.”
Pemulihan aqidah wajar dilaksanakan dengan mekanisme yang mapan dan utuh manakala seruan agar kembali kepada ajaran Islam wajib dijalankan dalam had tempoh yang telah ditetapkan. Namun bagaimana pula kalau penjenayah murtad ini tetap memilih kegelapan kebatilan dari terus berada dalam cahaya kebenaran Islam? Sudah tentulah pelaksanaan undang-undang yang berbentuk mengelak lebih baik daripada merawat (al-wiqayah khairun min al-‘ilaaj) seperti Hukuman Hudud yang menetapkan hukuman bunuh bagi penjenayah murtad yang tetap tidak kembali kepada ajaran Islam mesti dikaji untuk dilaksanakan dalam menzahirkan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada Allah dan RasulNya. Penjenayah murtad akan terus murtad, perangkaan mangsa jenayah murtad akan terus bertambah dari hari ke hari manakala generasi kini dan akan datang bakal menjadi mangsa jenayah murtad.
Pesuruh Allah yang mana risalah pengutusannya adalah menjadi Rahmat untuk sekelian manusia dan alam keseluruhannya telah bersabda “sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah dia dibunuh ”. Inilah antara isyarat penting yang pastinya akan menjadi pedoman buat kita selaku orang yang telah mengaku beriman kepada baginda . Bukankah Khalifah Abu Bakar As Siddiq, Khalifah Islam yang pertama juga telah memerangi golongan riddah yang hanya menafikan kefarduan zakat setelah mana kewafatan baginda rasul. Perang bukannya kerana nafsu tetapi perang baginda kerana ketaatan kepada Allah dan Rasul demi menegakkan Syiar Islam yang tercinta.
Allah telah berjanji dan Allahlah sebaik-baik penunai janji. Sesungguhnya masa depan adalah milik syariat Islam. Syariat agama milik pencipta alam maha esa yang sentiasa evergreen, selagi bulan dan matahari masih ada. Bagai kata pepatah ‘Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas’. Buat renungan orang-orang beriman, “Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Aali Imran:85)
Marilah kita memahami fenomena murtad ini agar orang-orang yang hampir dengan kita tidak terjebak ke arahnya. Barah dalam kehidupan umat Islam ini akan melenyapkan keizzahan agama Islam dan mengundang bala yang tidak dapat dijangkakan.
Perhimpunan Selamatkan Palestin
07.06.06 (4:34 pm) [edit]Malam ni, Badan Perhubungan PAS Kedah akan mengadakan perhimpunan di mana bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan rakyat dan Kerajaan Palestin yang sedang diancam dan diserang oleh Yahudi Laknatullah. Anak Haram Israel.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai telah diarah untuk bersama-sama dengan kepimpinan negeri dan kawasan untuk berada di Kompleks PAS Kedah pada malam ini bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin yang dipimpin oleh HAMAS.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Serai menyeru, 'marilah sama-sama kita menyatakan sokongan terhadap Palestin' dengan sama-sama kita berada pada malam ini dengan berbuka puasa bersama, solat berjemaah dan mendengar pidato kepimpinan. Sebelah petang esok, selepas Solat Jumaat marilah kita bersama-sama menyertai perhimpunan aman berhadapan Wisma Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur.
Allahu Akbar!Allahu Akbar!Allahu Akbar!Walillahil Hamd.
Sekian, dimaklumkan.
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kaw Pdg Serai